momster tagged me. I bet n.i. looks forward to this posting. *grins*
1. Bekas kekasih saya adalah:
*mengambil masa yang agak lama untuk berfikir disebabkan ada beberapa orang*
2. Saya sedang mendengar:
pengarah-pengarah sedang berbincang.
3. Mungkin saya patut:
balik ke rumah dan berehat.
4. Saya suka:
Melancong bersama anak saya, terutama sekali ke tempat yang mempunyai banyak peninggalan sejarah.
5. Sahabat-sahabat baik saya:
adalah mereka yang menerima saya dengan seadanya.
6. Saya tak faham:
kenapa orang berbelanja lebih dari kemampuan.
7. Saya kehilangan:
sabar apabila orang bertanya soalan yang sungguh tidak relevan seperti bila anda hendak berumahtangga.
8. Ramai yang berkata:
saya sombong dan tidak mempunyai perasaan.
9. Makna nama saya:
Azam and girang.
10. Cinta itu adalah:
sesuatu yang sukar untuk memiliki dan apabila sudah dijumpai, harus dijaga dengan seikhlas hati.
11. Di suatu tempat, seseorang sedang:
sibuk bercerita tentang lawatan ke safari semalam (anak dara saya). Antara haiwan yang dilihat adalah singa bersama 2 teman wanita, ‘antelope’, harimau, monyet, anjing laut, ‘penguin’.
12. Saya akan cuba:
sedaya upaya untuk tidak perlu pergi ke sebuah bandar Eropah berdekatan dengan banjaran gunung Alps untuk selama beberapa minggu atas urusan kerja. *dikemaskini – saya mendapat alternatif lain dan tidak perlu pergi. Gembira sekali*
13. Ayat SELAMANYA membawa maksud
infiniti (perkataan kegemaran anak saya).
14. Telefon bimbit saya:
Ada 3 (1 PDA/Blackberry, 1 kegunaan rasmi dan 1 peribadi). Saya sudah lama tidak membeli telefon kerana syarikat saya membiayainya dan boleh ditukar setiap tahun. Tetapi saya jatuh cinta dengan E63 berwarna merah dan membelinya pada tahun ini.
15. Bila saya terjaga dari tidur:
saya memandang muka anak saya.
16. Saya paling meluat apabila:
orang bertalam dua muka.
17. Pesta/Parti adalah:
sesuatu yang diraikan bersama orang yang bermakna didalam hidup anda dan tidak perlu berlebihan.
18. Haiwan yang paling comel yang saya pernah temui ialah:
koala di Sydney Zoo.
19. Peringkat umur yang paling menyeronokkan bagi saya ialah:
mestilah sekarang kerana saya rasa saya betul-betul menikmati kehidupan, terutama sekali di samping anak saya.
20. Hari ini:
saya rasa amat mengantuk sekali kerana saya hanya dapat tidur 4 jam sahaja semalam.
21. Malam ini saya akan:
Menonton tv.
22. Esok pula saya akan:
Datang ke pejabat walaupun hati saya teringin untuk pergi membeli-belah kerana gaji akan masuk.
23. Saya betul-betul inginkan:
Untuk berhenti kerja dan duduk di rumah menjaga anak saya, sambil membiarkan simpanan saya membuat pulangan yang cukup untuk membiayai kos pembelanjaan kami.
24. Ketika saya lihat wajah saya di hadapan cermin pagi ini:
pedulilah segala jerawat dan kedutan. Saya tidak mempunya masa untuk berfikir semua itu terutama sekali pada hari kerja.
25. Pusat membeli-belah atau arked permainan:
Pusat membeli belah.
26. Makanan Barat atau Jepun:
Barat.
27. Bilik yang terang atau gelap:
Bergantung pada aktiviti, betul tak?
28. Makanan segera adalah:
cepat dan ringkas.
29. Ayat terakhir yang anda katakan pada seseorang?
See you soon honey.
30. Siapa yang anda mahu tag?
inah,
Jane,
Hunny,
Fizzy dan juga sesiapa yang rajin nak buat!