Wednesday, July 29, 2009

Tagged

momster tagged me. I bet n.i. looks forward to this posting. *grins*

1. Bekas kekasih saya adalah:
*mengambil masa yang agak lama untuk berfikir disebabkan ada beberapa orang*

2. Saya sedang mendengar:
pengarah-pengarah sedang berbincang.

3. Mungkin saya patut:
balik ke rumah dan berehat.

4. Saya suka:
Melancong bersama anak saya, terutama sekali ke tempat yang mempunyai banyak peninggalan sejarah.

5. Sahabat-sahabat baik saya:
adalah mereka yang menerima saya dengan seadanya.

6. Saya tak faham:
kenapa orang berbelanja lebih dari kemampuan.

7. Saya kehilangan:
sabar apabila orang bertanya soalan yang sungguh tidak relevan seperti bila anda hendak berumahtangga.

8. Ramai yang berkata:
saya sombong dan tidak mempunyai perasaan.

9. Makna nama saya:
Azam and girang.

10. Cinta itu adalah:
sesuatu yang sukar untuk memiliki dan apabila sudah dijumpai, harus dijaga dengan seikhlas hati.

11. Di suatu tempat, seseorang sedang:
sibuk bercerita tentang lawatan ke safari semalam (anak dara saya). Antara haiwan yang dilihat adalah singa bersama 2 teman wanita, ‘antelope’, harimau, monyet, anjing laut, ‘penguin’.

12. Saya akan cuba:
sedaya upaya untuk tidak perlu pergi ke sebuah bandar Eropah berdekatan dengan banjaran gunung Alps untuk selama beberapa minggu atas urusan kerja. *dikemaskini – saya mendapat alternatif lain dan tidak perlu pergi. Gembira sekali*

13. Ayat SELAMANYA membawa maksud
infiniti (perkataan kegemaran anak saya).

14. Telefon bimbit saya:
Ada 3 (1 PDA/Blackberry, 1 kegunaan rasmi dan 1 peribadi). Saya sudah lama tidak membeli telefon kerana syarikat saya membiayainya dan boleh ditukar setiap tahun. Tetapi saya jatuh cinta dengan E63 berwarna merah dan membelinya pada tahun ini.

15. Bila saya terjaga dari tidur:
saya memandang muka anak saya.

16. Saya paling meluat apabila:
orang bertalam dua muka.

17. Pesta/Parti adalah:
sesuatu yang diraikan bersama orang yang bermakna didalam hidup anda dan tidak perlu berlebihan.

18. Haiwan yang paling comel yang saya pernah temui ialah:
koala di Sydney Zoo.

19. Peringkat umur yang paling menyeronokkan bagi saya ialah:
mestilah sekarang kerana saya rasa saya betul-betul menikmati kehidupan, terutama sekali di samping anak saya.

20. Hari ini:
saya rasa amat mengantuk sekali kerana saya hanya dapat tidur 4 jam sahaja semalam.

21. Malam ini saya akan:
Menonton tv.

22. Esok pula saya akan:
Datang ke pejabat walaupun hati saya teringin untuk pergi membeli-belah kerana gaji akan masuk.

23. Saya betul-betul inginkan:
Untuk berhenti kerja dan duduk di rumah menjaga anak saya, sambil membiarkan simpanan saya membuat pulangan yang cukup untuk membiayai kos pembelanjaan kami.

24. Ketika saya lihat wajah saya di hadapan cermin pagi ini:
pedulilah segala jerawat dan kedutan. Saya tidak mempunya masa untuk berfikir semua itu terutama sekali pada hari kerja.

25. Pusat membeli-belah atau arked permainan:
Pusat membeli belah.

26. Makanan Barat atau Jepun:
Barat.

27. Bilik yang terang atau gelap:
Bergantung pada aktiviti, betul tak?

28. Makanan segera adalah:
cepat dan ringkas.

29. Ayat terakhir yang anda katakan pada seseorang?
See you soon honey.

30. Siapa yang anda mahu tag?

inah, Jane, Hunny, Fizzy dan juga sesiapa yang rajin nak buat!

22 comments:

... said...

(post ini) terlalu comel.

(frasa kegemaran saya sekarang. selalu terlebih guna)

[danial][ma] said...

hej! Ms B...LOL! feel very weird and funny when i read your post in bahasa...kehkehkehkeh...;-)

p.s.: will be in london from 24-25 or 26 august...heheheheh...show me the shop, will you...;-)

Hunny said...

Alamak....in Malay kaa? Aiyoo heheh

*Melayu tak sedar diri, heh*

Inah said...

wallah..in malay :)

sungguh sweet je bila baca..i'll do it tomorrow :D

ohh..koala memang comel :)

D said...

oh tidaaaaaaaakk!!! HAHAHA!! you almost got it babe, but blew it with a phrase in English. muahahaha!!!

Ms B said...

darlene,

Saya gembira awak terhibur dengan catatan saya pada hari ini. Mungkin awak patut cuba membuatnya. *senyum*

Ms B said...

danial,

sampai hati awak mentertawakan saya. adakah cubaan saya untuk berbicara di dalam bahasa melayu telah gagal? *sedih*

tapi tidak mengapa. saya akan tetap membawa awak ke kedai tersebut supaya awak dapat mencuci mata dengan sepuasnya.

Ms B said...

hunny,

semestinya. adakah awak sanggup menyahut cabaran saya? *mengenyitkan mata*

Ms B said...

inah,

koala memang comel dan sungguh sedap dipeluk.

Ms B said...

D,

saya tahu tetapi memang saya bercakap di dalam bahasa inggeris ketika itu. mungkin saya patut menterjemahkan frasa itu di dalam bahasa melayu.

Jumper said...

Sungguh pelik tapi menarik sekali apabila membaca minda seorang pencinta mocha yang telah diterjemahkan :)

Anonymous said...

Ms B,
Bila difikirkan kembali, betullah no. 19 tu! Waktu sekarang adalah paling menyeronokkan! :)

fizzy said...

ke hadapan Cik B yang dirindui..

terima kasih di atas ingatan. saya pernah menjawab tag ini di "buku muka". hehehehe.. sebetulnya saya sekarang banyak menghabiskan masa melayan "buku muka".

insyaAllah, akan di salin dan tampal di laman sesawang saya nanti. eheheheh..

IDB said...

#22 : thats a good idea! :D

#23 : i wish i could be a sahm too

#27 : haha.. i really like that answer!

ps: #14 - Oh been wondering about e63, is it a reliable phone ? how bout the internet and emailing features?

Naz in Norway said...

MsB,
Dah terbiasa baca entry you dalam bahasa Inggeris, bila sekali ni you tulis dalam bahasa Malaysia, I rasa macam tengok siri Doraemon dulu dulu tu!
Sorry....*ketawa*

Ms B said...

Jumper,

Tidak kira didalam apa jua bahasa, pemikiran saya tetap sama. Barangkali ramai yang tercuit hati kerana catatan ini ditulis di dalam bahasa melayu.

Ms B said...

Momster,

Sebenarnya, semakin usia meningkat, ingatan saya tentang kisah silam makin pudar. Jadi, secara lojiknya, jawapan yang tepat mestilah sekarang. *senyum*

Ms B said...

Fizzy,

sekalipun saya sibuk, awak masih di dalam ingatan saya. Terima kasih kerana menyalin dan menampal jawapan awak ke laman web. Saya pasti labah-labah boleh berehat di laman web lain.

Ms B said...

IDB,

awak jangan lupa, momster pun telah mentag awak. sila jawab dengan segera.

Saya akan menulis tentang E63 tidak lama lagi. Sila bersabar.

Ms B said...

Naz,

Oh, saya memang suka menonton Doraemon. Lucu sekali, sama seperti catatan saya pada kali ini. *ketawa*

[danial][ma] said...

hai! Cik B...saya maseh ketawa terguling-guling membaca jawapan komen-komen awak dan saya Cuba untuk menulis dalam bahasa melayu dan saya juga amat terhibur sambil menaip komen ini di dalam telefon i di lounge (ini saya tak tahu dalam BM) keemasan MAS di lapangan terbang antarabangsa kuala lumpur menanti penerbangan pulang ke negara England...hehehe...;-)

n.i. said...

hahahaha... saya suka membaca tulisan anda ini *kenyit*